Khamis, 8 Oktober 2009

PERHIMPUNAN BULANAN SEMUA JABATAN


Perhimpunan bulanan semua jabatan Bukit Aman telah diadakan pada 7.10.2009. Pada kali ini perhimpunan tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Logistik.

Selasa, 6 Oktober 2009

Ahad, 2 Ogos 2009

MARAH BETOI MEMBER KITA TU


Kisah benar!!!!!! Dum dum dam bunyi mercun... Kita selalu dengaq senikata lagu raya tu. Tapi kali ni bukan bunyi mercun tapi lain macam bunyinya. Nak kata bunyi meriam pun bukan, senapang pun bukan tapi bunyinya sangat kuat......."daaaaaaammmmm". Habis terkejut orang dibuatnya. Nak tau apa dia? Ceritanya begini, pada hari jumaat lepas 31.7.2009 macam biasa ada games bowling kat Selayang Mall tu. Yang jadi spoilt nya, lane yang di kasi tak elok, asyik sangkut-sangkut sahaja. Panggil budak-budak yang jaga pun macam tu jugak jadinya. Last-last, Tuan Azmi kita naik marah dan tak dapat dibendung-bendung lagi.. Apa dia buat? Apa lagi dilambung dan dihempasnya bola bowling macam buah nyok la. Dum dam dum dam....... Lebih gila dari PMOB lagi.... Kepada PMOB kena hati-hati lepas ni, tuan kita tu lagi ganas bila dah naik sheikh (Naik minyak atau naik angin).

Ahad, 19 Julai 2009

MACAM MANA PASUKAN "PEKING DUCK" BOLEH KALAH TERUK

Pada 17 Julai lepas, pasukan 'Peking Duck' telah kalah teruk dalam permainan bowling di Selayang. Satu keputusan yang mengejutkan juga. Macam-macam teknik balingan yang dipelajari sejak turun-temurun telah digunakan tapi tewas juga. Nampaknya post-mortem bagi mengenal pasti punca kekalahan perlu diadakan. PM OB terus bergegas ke Melaka nak bertapa di Perigi Hang Tuah untuk dapatkan balik sentuhan gemilangnya manakala Tuan Che Azmi kita pula bergegas ke Utara untuk dapatkan nasihat bomoh siam kat Wad Padang Sera. Macam-macam usaha dilakukan bagi merampas kembali kejuaraan pada minggu ni.. Sama-sama kita tengok saja keputusan minggu ni.....

Sabtu, 11 Julai 2009

Licin Sangat ka Lane Bowling Tu?

Masa main bowling hari Jumaat lepas, ada beberapa kejadian aneh telah berlaku. Nak tau apa dia? Saya ingat main bola atau gusti sahaja ada orang jatuh tapi main bowling pun ada. Puas saya fikir, mcm mana boleh jatuh. Nak kata licin, lane tu kering sahaja. Ada orang jatuh tergolek atas lane dan ada yang jatuh terduduk sebelum bola dibaling lagi. Mungkin tu style masing-masing tak tau la. Yang jatuh terduduk tu, bila dah bangun dan baling terus 'strike' pulak tu. Nasib baik PM OB tak ada hari tu. Kalau tidak habis la kena kutuk...

BETOI KA CINCIN PUNYA PASAI?

Al kisahnya member kita tu tak boleh pakai cincin. Katanya kalau pakai cincin, darah akan naik dan tak mau turun-turun. Yang PM OB lain pula cerita. Tak cukup satu cincin, dibeli lagi satu. Tapi yang hebatnya, cincin dia mahal-mahal belaka. Hebat tu. Yang sedihnya, orang-orang kat pejabat tu (musuh-musuh dia la) tak caya cincin PM OB tu mahal. Depa kata PM OB beli cincin Gurkha tepi jalan. Tapi yang saya reAl kisahnya spect PM OB ni, apa orang nak kata kat dia katalah, dia tak ambil peduli pun. Tak pa PM OB, cincin tu memang mahai pun... depa mana tau..

Khamis, 11 Jun 2009

Training Bowling Dalam Hutan Getah Dan Sawah Padi

Alkisahnya, ada member kita tu dah balik bercuti ke utara tanah air. Nak buat 'O' Group dengan member-member lama. Member-member kampung masa sekolah dulu. Yang syok tu dia balik sorang sahaja. Tup, tup ada dengar cerita baru, member kita tu balik practise baling bola bowling (guna buah kelapa/buah limau bali) dalam sawah padi dan hutan getah. Balik nanti dah tentu champion punya tu. Takut rahsia permainan bowling diketahui oleh orang lain, member kita ni sanggup balik sorang-sorang dan tak bawa famili balik pun. Sanggup balik naik bas tu.. Ada dengar kata, member kita dah balik dan ada di KL dan dia kata nak datang pejabat untuk injection vaksin 'influenza' dan 'Hepatitis B'. Walau bagaimana pun, petang tadi ada berita terbaharu lagi... ada orang bagitahu yang member kita ini masih berada di kampungnya tengah berkebun... Tanam apa ya?
PM OB kata, dia rasa sunyi sangat apabila member kita tu bercuti. Mcm mana tak sunyi, tak ada lagi bunyi eksos motosikal yang macam meriam tu...pooom, pooooommm, poooommmmm...

Tak kan nak baling nasi kat dalam parit kot

Ada cerita baru lagi nampaknya... Bahaya gak dok practice bowling selalu.. Bukan apa, ada member kita tu asyik nak baling je kerjanya. Baling itu dan baling ini. Pada 10.6.2009 jam lebihkurang 1.00 tengahari, member 786 kita nak belanja. Katanya nak beli nasi kandar Kuddu. Alkisahnya, member kita ni suruh la kawan kita pergi beli. PM OB kita pun la nak makan nasi kandar. Tunggu punya tunggu, orang yang pergi beli ni tak balik-balik dan jam dah hampir pukul 3.00 petang. PM OB pun dah mula nak mengamuk. Dia pun terus mau balik dan katanya,"Tak payah nak makan, pukul berapa ni. Petang ni nak berlari pula, nak bagi aku mampus". Maka ada gak si bunga Ros kita kata,"sabar la Encik, jap lagi sampai balik la dia orang yang pegi beli nasi tu. Jawab PM OB, kalau ya pun, lepas beli nasi, balik la ke ofis dulu. Kalau nak beli lain barang, pergilah lepas tu. Bunga Ros (Doktor Influenza) pun tanya lagi, kalau nasi balik sapa nak makan? Jawab PM OB, campak saja ke dalam parit. Dr. Bunga Ros pun terkedu mendengar kata-kata PM OB tu. PM OB pun terus keluar sambil berkata, "Kalau sempat saya balik makan". Saya mau cepat pergi Koperasi ni.

Ahad, 17 Mei 2009

MAIN BOWLING KA MAIN BALING KASUT

Alkisahnya pada hari jumaat 15.5.2009 satu team handalan bowling telah menggegarkan gelanggang bowling di kawasan Lembah Klang. Nak tau di mana? Itu rahsia la. Yang sudah pasti team Peking Duck turun beraksi. Hebat-hebat belaka. Ada yang campur teknik balingan bowling dengan petanque yang dipanggil balingan 'Petanling', ada yang lebih hebat lagi, lepas baling boleh menonggeng macam tengok hantu. Yang mencemaskan Tuan Azmi kita hanya dua kejadian aneh iaitu PM OB dah baling kasut bowling melayang atas kepada sahabat misai kita. Lagi satu PM OB nak humban bola bowling kat sahabat misai kita tu. Cemas juga hari tu. Tapi permainan berjalan lancar hingga selesai cuma ada juga pemain yang matanya tak jejak 100. Asyik dapat 86 sahaja. Sahabat misai kita kata, takpa, kita training lebih kuat lagi. Lagi satu kejadian aneh telah berlaku. Nak tau apa dia? Ada orang sesat dalam kampung sendiri....kah, kah, kah... haa tu dia... lagi haru biru jadinya. Kalau tak tau buat cara tak tau, jangan nak tunjuk pandai...

Rabu, 6 Mei 2009

MACAM MANA NAK TAHU YANG MANA SATU HANTU

Dalam satu barisan ada sepuluh orang perempuan. Semuanya cantik-cantik belaka, berambut panjang dan wangi-wangi pulak tu. Tetapi diantara 10 tu ada satu hantu. Hantu educated, pi sekolah tau. Orang tua-tua dah pesan, kalau nak tahu mana hantu, kena lihat secara menonggeng. Kalau kaki dia tak sampai tanah, hantu la tu. Ni, dah tonggeng pun, semua kaki perempuan tu jejak ke tanah. Macam nama nak buat ye? Kalau ada jawapan tu, tolong la bagitahu........

SUARA, SUARA, SUARA DIMANA KAU SUARA...

Suara sapa agaknya yang ditanya tu? Cuba teka? Kenapa dengan suara tu? Merdu ka? Nyaring ka? Kasar ka? Nak tau suara siapa yang dipersoalkan tu, tanya lah Presiden Pemiutang Malaysia...kata Zul Gafoor. Tapi sapa pulak Presiden Pemiutang tu? Yang tu kena tanya Awi Dichu dan Nizam Pengurus Bank kita...

NASIB MALANG

Satu cerita baru hari ini. Mesti semua dah dapat agak dah. Tak ada cerita yang sensasi di pejabat ini kalau bukan cerita PM OB kita. "Nampak saja gagah". Khabar angin telah tersebar luas di seluruh Malaysia mengatakan PM OB kita nak jadi body-guard menteri. Hebat tu. Tapi yang malangnya, belum jadi body guard dah kena Gout. Macam mana nak jaga menteri? Silap-silap Dato' Menteri pula yang jaga dia. Nak jadi Peking Duck pun tak boleh. Bukan apa... Peking Duck kalau nak tahu original ke tidak kena cucuk kat buntut, tapi PM OB kita bakal dicucuk di kaki...... Gout. Kalau tak cucuk di kaki, alamatnya tak berjalan lah dia besok. Silap-silap betisnya pun akan jadi besar tempayan nenek kebayan. Jangan marah ya PM OB.....PTT Lengan Merah lagi tu...... Pegawai Awam pun disuruh berkawad ambik surat kepujian/penghargaan. Mana la depa tau kawad-kawad tu... he, he...

Sabtu, 25 April 2009

PANTUN PUNYA HAL

Ada cerita baru lagi nak bagitau. Nak kata pelik tak pelik gak tapi boleh la dikatakan sikit pelik la... Kisah apa lagi kalau bukan cerita PM OB kita la tu. Nak tau apa dia? Haa.. masa dia muda-muda, maco-maco dan hensem2 dulu tak ingat yang dia akan kena pi minang anak dara orang. Tup, tup dah nak kena pi minang.... Susah hati gak dia. Kat Damansara pulak tu, entah-entah keluarga elit-elit lak tu. Kalau kat Sungai Kayu Ara tu tak pa la. Saya tengok dia ke hulu ke hilir dok pusing-pusing. Minta tolong Tuan Azmi kita buat pantun, kot-kot kena balas pantun. Nak jumpa En. Chuari Selamat dah tak sempat dah. Tuan Azmi pun simpati dgn PM OB kita tu. Maka karanglah Tuan Azmi beberapa pantun, antaranya adalah:-
Kalau pakar di padang hoki
Jangan nak samakan main guli
Kalau sukar nak pinang puteri
Ajaklah Hj. Tahir pergi sekali
Pak Mail tak sabar di padang petang
Pembawa pelekat berdiri lengoh kaki
Bukan kami datang sebarang datang
Datang nak pinang si tuan Puteri
PM OB terdiam dengar pantun-pantun tu. Dia termenung sejenak.... Pastu dia kata, kalau susah-susah, bawa kayu hoki lah kalau macam ni. Kalau depa asyik dok pantun-pantun, aku libas dengan kayu hoki baru depa tau......kah, kah, kah..... Jangan marah ya PM OB lengan merah. PTT lagi tu.....

Selasa, 21 April 2009

Tak Sabar-Sabar

Kejohanan Tenpin Bowling dan Petanque Piala KPN 2009 telah dilangsungkan pada 20 - 22/4/2009 di Gelanggang Petanque Ibu Pejabat Briged Tengah PGA. Hebat sekali. Rehearsal dibuat supaya tak ada kesilapan masa perasmian. Tup, Tup.. ada satu kejadian aneh telah berlaku. Nak tau apa dia? Tanyalah pada Tuan Azmi... apa Pak Mail Orang Besi telah buat. Dan kenapa Pak Mail dok lari-lari taknak jumpa Kem Komandan.

Rabu, 1 April 2009

LARI DARI WAD

Ada cerita baru.. Nak tau? Ini ceritanya..... pada 31.3.2009 jam lebihkurang 9.00 malam, Pak Mail Orang Besi telah pergi melawat saudara kita di Wad 203, Pusat Rawatan Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bila sampai di sana, Pak Mail dapati wad kosong sahaja tapi jambangan bunga masih ada di situ. Pak Mail tengok kat bilik air, tak dak juga sahabat kita tu. Pak Mail naik pening kepala. Nak garu kepala takut jadi bertambah botak lagi. Pak Mail Orang Besi pun telefon sahabat kita tu dan rupanya telefon dia ada dalam laci kad katil tu. Pak Mail Orang Besi jengok-jengok ikut tingkap kut-kut sahabat kita tu dok training petanque sorang-sorang secara sulit maklumlah pertandingan dah dekat dan strategi mesti dirahsiakan. Tak ada juga kelibat sahabat kita kat bawah tu. Pak Mail Orang Besi pun terus turun ke lobi dan tanya nurse bertugas dan dibagitahu sahabat kita tu keluar dengan satu keluarga yang datang melawatnya. Pak Mail OB pun tertanya-tanya, sapa pulak yang datang tu. Pusing-pusing akhirnya terjumpa sahabat kita sedang makan sup sayur dengan keluarga Sharif Lobo. Bukan main selera lagi dia makan... Nak pulihkan tenaga barangkali. Maklumlah nak masuk lawan petanque.

Sabtu, 28 Mac 2009

PINGAT MAHKOTA PERLIS (P.M.P) sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis ke 65 pada tahun 2008




Kawad Kem Komandan






















Pelik Tapi Benar....

Pada 26.3.2009, ASP Che Azmi ambik cuti sakit kerana dia kata sakit "gastrik". Pada 27.3.2009 dia sambung cuti kerana masih tak sihat. Tup, Tup dengar khabar dia dah masuk wad di Pusat Rawatan Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Macam-macam cerita pun keluar. Pak Mail Orang Besi kata dia makan ubat dah expired, ada pula kata dia ada problem jantung kerana tak pernah buat medical check-up. Yang bertambah pelik tu, Pak Mail kata dia pi lawat Che Azmi dan bagitahu Che Azmi dimasukkan ke wad bersalin. Saya dan Pak Mail Orang Besi serta Ustaz Hj Tahir pun gi lawat Che Azmi petang tu. Dalam perjalanan yang jam teruk tu, Pak Mail Orang Besi sempat berseloroh gak, " Tu la makan lagi ikan todak, kan dah sakit ". Asyik dengar cerita Pak Mail Orang Besi, pemandu Konst. Arif sampai silap jalan, nak masuk jalan "No Entry" dan terpaksa berpatah balik. Itu cerita ASP Che Azmi tapi yang jadi sejarah bagi Cawangan Kem Komandan hari 27.3.2009 tu bukan apa, hanya tinggal Kem Komandan terkonteng-konteng sorang-sorang. Mana tidaknya, Che Azmi sakit masuk wad, Saw dan Thurai pun cuti sakit gak.

Isnin, 23 Mac 2009

Ahad, 22 Mac 2009

SEMINAR DI MES PEGAWAI KANAN GREYSANDS, PORT DICKSON PADA 09.3.2009 - 13.3.2009


Jumaat, 2009 Mac 20

SONGKOK POLIS PUNYA PASAL
Tadi ada sembahyang jumaat di mesjid Bukit Aman sempena Hari Polis ke 202 tahun 2009. YDP Agong pun datang. ASP Che Azmi tak pakai songkok polis. Kata dia, "Tak pa". Bila keluar dari pejabat dia nampak ramai orang pakai songkok polis, dan ASP Che Azmi berkata, " Allah has depa semua pakai songkok". Bila sampai di mesjid KPN dan Semua Pengarah Pakai songkok. ASP Che Azmi pun dengan tak semena-mena terus jadi pegawai bertugas jaga kawalan depan mesjid supaya orang tak sedar yang dia pi mesjid untuk tugas. Pandai betoi dia kona kot tu.... Dia pun dok lari-lari takut nampak kat Pengarah lagi, banyak soal lagi nanti...
Dicatat oleh allie alba di 04:12 0 ulasan

SUSAH HATI
Ada satu cerita, semalam 19/3/2009 ketika di mesjid Bukit Aman sempena Majlis Tahlil Hari Polis ke 202, Dato' Pengarah Pengurusan ada tanya ASP Che Azmi Bidin, " U kat mana sekarang?". ASP Che Azmi dengan penuh semangat menjawab, " Kat Kem Komandan Dato'". Dato' bertanya lagi," Dah berapa lama u kata situ?" ASP Che Azmi tergamam dan tak dapat nak jawab terus. Dato' tanya lagi, " Aku tanya dah berapa lama u kat sana?" Dengan teragak-agak ASP Che Azmi menjawab, " Dah 12 tahun Dato'". Dato' pun kata, "Mana boleh macam tu. ASP Che Azmi lepas tu terus tertanya-tanya dan susah hati takut2 kena tukar pasal dah lama. Kem Komandan pun kata, "Dato' nak bagi pangkat tu...."
Dicatat oleh allie alba di 04:03 0 ulasan

SMS ROUTINE
Pagi-pagi kalau sms tu mesti dah tau punya wooo... dua hari sudah gerenti mc. Aiyaaa.....ini macam pun ala wooo..
Dicatat oleh allie alba di 03:58 0 ulasan

SMS Biasa (Routine)
SMS diterima pada 19.3.2009 jam 0807 pagi:
"TUAN. SAW LAPOR ADA RAWATAN SUSULAN DI HOSPITAL HUKM HARI INI"
SMS pada 20.3.2009 jam 0807 pagi: ( sama time pulak tu....dah set ka time dia tu agaknya? )
"TUAN. SAW LAPOR CUTI SAKIT HARI INI DAN SEMALAM". Aiyaaaa.... ini macam sms pun alaa woooo.......
Dicatat oleh allie alba di 03:52 0 ulasan

Seminar Di Mes Pegawai Kanan Greysands Port Dickson pada 09.3.2009 - 13.3.2009

Dicatat oleh allie alba di 03:18
Label:
Langgan: Catatan (Atom)
Pengikut



var skin = {};
skin['FACE_SIZE'] = '32';
skin['HEIGHT'] = "260";
skin['BORDER_COLOR'] = "FFFFFF";
skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = "transparent";
skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = "ffffff";
skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = "000000";
skin['ALTERNATE_BG_COLOR'] = "transparent";
skin['CONTENT_BG_COLOR'] = "transparent";
skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = "000000";
skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = "ffffff";
skin['CONTENT_SECONDARY_LINK_COLOR'] = "FFFFFF";
skin['CONTENT_SECONDARY_TEXT_COLOR'] = "000000";
skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = "000000";
google.friendconnect.container.setParentUrl("/" /* location of rpc_relay.html and canvas.html */);
google.friendconnect.container.renderMembersGadget(
{ id: "div-1237548903056",
site: "02835219419587118926" },
skin);


Arkib Blog
2009 (5)
Mac (5)
SONGKOK POLIS PUNYA PASAL
SUSAH HATI
SMS ROUTINE
SMS Biasa (Routine)
Seminar Di Mes Pegawai Kanan Greysands Port Dickso...

Aku Insan Biasa - Cuma Seorang Anak Kampung...