Ahad, 19 Julai 2009

MACAM MANA PASUKAN "PEKING DUCK" BOLEH KALAH TERUK

Pada 17 Julai lepas, pasukan 'Peking Duck' telah kalah teruk dalam permainan bowling di Selayang. Satu keputusan yang mengejutkan juga. Macam-macam teknik balingan yang dipelajari sejak turun-temurun telah digunakan tapi tewas juga. Nampaknya post-mortem bagi mengenal pasti punca kekalahan perlu diadakan. PM OB terus bergegas ke Melaka nak bertapa di Perigi Hang Tuah untuk dapatkan balik sentuhan gemilangnya manakala Tuan Che Azmi kita pula bergegas ke Utara untuk dapatkan nasihat bomoh siam kat Wad Padang Sera. Macam-macam usaha dilakukan bagi merampas kembali kejuaraan pada minggu ni.. Sama-sama kita tengok saja keputusan minggu ni.....

1 ulasan:

  1. Sebenarnya saya tak dapat main dengan baik hari tu ada dua sebab utama (1) Takut dengan ugutan PM OB yang hantar catatan ke FB nak bawak kapak masa main bowling (2) Tak nak kalahkan bos yang hilang punca masa main tu. Lagi pun hadiah tu disponsor bos tak kan saya nak rebut pulak kut.

    BalasPadam