Ahad, 2 Ogos 2009

MARAH BETOI MEMBER KITA TU


Kisah benar!!!!!! Dum dum dam bunyi mercun... Kita selalu dengaq senikata lagu raya tu. Tapi kali ni bukan bunyi mercun tapi lain macam bunyinya. Nak kata bunyi meriam pun bukan, senapang pun bukan tapi bunyinya sangat kuat......."daaaaaaammmmm". Habis terkejut orang dibuatnya. Nak tau apa dia? Ceritanya begini, pada hari jumaat lepas 31.7.2009 macam biasa ada games bowling kat Selayang Mall tu. Yang jadi spoilt nya, lane yang di kasi tak elok, asyik sangkut-sangkut sahaja. Panggil budak-budak yang jaga pun macam tu jugak jadinya. Last-last, Tuan Azmi kita naik marah dan tak dapat dibendung-bendung lagi.. Apa dia buat? Apa lagi dilambung dan dihempasnya bola bowling macam buah nyok la. Dum dam dum dam....... Lebih gila dari PMOB lagi.... Kepada PMOB kena hati-hati lepas ni, tuan kita tu lagi ganas bila dah naik sheikh (Naik minyak atau naik angin).