Pada 26.3.2009, ASP Che Azmi ambik cuti sakit kerana dia kata sakit "gastrik". Pada 27.3.2009 dia sambung cuti kerana masih tak sihat. Tup, Tup dengar khabar dia dah masuk wad di Pusat Rawatan Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Macam-macam cerita pun keluar. Pak Mail Orang Besi kata dia makan ubat dah expired, ada pula kata dia ada problem jantung kerana tak pernah buat medical check-up. Yang bertambah pelik tu, Pak Mail kata dia pi lawat Che Azmi dan bagitahu Che Azmi dimasukkan ke wad bersalin. Saya dan Pak Mail Orang Besi serta Ustaz Hj Tahir pun gi lawat Che Azmi petang tu. Dalam perjalanan yang jam teruk tu, Pak Mail Orang Besi sempat berseloroh gak, " Tu la makan lagi ikan todak, kan dah sakit ". Asyik dengar cerita Pak Mail Orang Besi, pemandu Konst. Arif sampai silap jalan, nak masuk jalan "No Entry" dan terpaksa berpatah balik. Itu cerita ASP Che Azmi tapi yang jadi sejarah bagi Cawangan Kem Komandan hari 27.3.2009 tu bukan apa, hanya tinggal Kem Komandan terkonteng-konteng sorang-sorang. Mana tidaknya, Che Azmi sakit masuk wad, Saw dan Thurai pun cuti sakit gak.
Sabtu, 28 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan