Khamis, 11 Jun 2009

Tak kan nak baling nasi kat dalam parit kot

Ada cerita baru lagi nampaknya... Bahaya gak dok practice bowling selalu.. Bukan apa, ada member kita tu asyik nak baling je kerjanya. Baling itu dan baling ini. Pada 10.6.2009 jam lebihkurang 1.00 tengahari, member 786 kita nak belanja. Katanya nak beli nasi kandar Kuddu. Alkisahnya, member kita ni suruh la kawan kita pergi beli. PM OB kita pun la nak makan nasi kandar. Tunggu punya tunggu, orang yang pergi beli ni tak balik-balik dan jam dah hampir pukul 3.00 petang. PM OB pun dah mula nak mengamuk. Dia pun terus mau balik dan katanya,"Tak payah nak makan, pukul berapa ni. Petang ni nak berlari pula, nak bagi aku mampus". Maka ada gak si bunga Ros kita kata,"sabar la Encik, jap lagi sampai balik la dia orang yang pegi beli nasi tu. Jawab PM OB, kalau ya pun, lepas beli nasi, balik la ke ofis dulu. Kalau nak beli lain barang, pergilah lepas tu. Bunga Ros (Doktor Influenza) pun tanya lagi, kalau nasi balik sapa nak makan? Jawab PM OB, campak saja ke dalam parit. Dr. Bunga Ros pun terkedu mendengar kata-kata PM OB tu. PM OB pun terus keluar sambil berkata, "Kalau sempat saya balik makan". Saya mau cepat pergi Koperasi ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan