Alkisahnya, ada member kita tu dah balik bercuti ke utara tanah air. Nak buat 'O' Group dengan member-member lama. Member-member kampung masa sekolah dulu. Yang syok tu dia balik sorang sahaja. Tup, tup ada dengar cerita baru, member kita tu balik practise baling bola bowling (guna buah kelapa/buah limau bali) dalam sawah padi dan hutan getah. Balik nanti dah tentu champion punya tu. Takut rahsia permainan bowling diketahui oleh orang lain, member kita ni sanggup balik sorang-sorang dan tak bawa famili balik pun. Sanggup balik naik bas tu.. Ada dengar kata, member kita dah balik dan ada di KL dan dia kata nak datang pejabat untuk injection vaksin 'influenza' dan 'Hepatitis B'. Walau bagaimana pun, petang tadi ada berita terbaharu lagi... ada orang bagitahu yang member kita ini masih berada di kampungnya tengah berkebun... Tanam apa ya?
PM OB kata, dia rasa sunyi sangat apabila member kita tu bercuti. Mcm mana tak sunyi, tak ada lagi bunyi eksos motosikal yang macam meriam tu...pooom, pooooommm, poooommmmm...