Perhimpunan bulanan semua jabatan Bukit Aman telah diadakan pada 7.10.2009. Pada kali ini perhimpunan tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Logistik.
Khamis, 8 Oktober 2009
Selasa, 6 Oktober 2009
Ahad, 2 Ogos 2009
MARAH BETOI MEMBER KITA TU
Kisah benar!!!!!! Dum dum dam bunyi mercun... Kita selalu dengaq senikata lagu raya tu. Tapi kali ni bukan bunyi mercun tapi lain macam bunyinya. Nak kata bunyi meriam pun bukan, senapang pun bukan tapi bunyinya sangat kuat......."daaaaaaammmmm". Habis terkejut orang dibuatnya. Nak tau apa dia? Ceritanya begini, pada hari jumaat lepas 31.7.2009 macam biasa ada games bowling kat Selayang Mall tu. Yang jadi spoilt nya, lane yang di kasi tak elok, asyik sangkut-sangkut sahaja. Panggil budak-budak yang jaga pun macam tu jugak jadinya. Last-last, Tuan Azmi kita naik marah dan tak dapat dibendung-bendung lagi.. Apa dia buat? Apa lagi dilambung dan dihempasnya bola bowling macam buah nyok la. Dum dam dum dam....... Lebih gila dari PMOB lagi.... Kepada PMOB kena hati-hati lepas ni, tuan kita tu lagi ganas bila dah naik sheikh (Naik minyak atau naik angin).
Ahad, 19 Julai 2009
MACAM MANA PASUKAN "PEKING DUCK" BOLEH KALAH TERUK
Pada 17 Julai lepas, pasukan 'Peking Duck' telah kalah teruk dalam permainan bowling di Selayang. Satu keputusan yang mengejutkan juga. Macam-macam teknik balingan yang dipelajari sejak turun-temurun telah digunakan tapi tewas juga. Nampaknya post-mortem bagi mengenal pasti punca kekalahan perlu diadakan. PM OB terus bergegas ke Melaka nak bertapa di Perigi Hang Tuah untuk dapatkan balik sentuhan gemilangnya manakala Tuan Che Azmi kita pula bergegas ke Utara untuk dapatkan nasihat bomoh siam kat Wad Padang Sera. Macam-macam usaha dilakukan bagi merampas kembali kejuaraan pada minggu ni.. Sama-sama kita tengok saja keputusan minggu ni.....
Sabtu, 11 Julai 2009
Licin Sangat ka Lane Bowling Tu?
Masa main bowling hari Jumaat lepas, ada beberapa kejadian aneh telah berlaku. Nak tau apa dia? Saya ingat main bola atau gusti sahaja ada orang jatuh tapi main bowling pun ada. Puas saya fikir, mcm mana boleh jatuh. Nak kata licin, lane tu kering sahaja. Ada orang jatuh tergolek atas lane dan ada yang jatuh terduduk sebelum bola dibaling lagi. Mungkin tu style masing-masing tak tau la. Yang jatuh terduduk tu, bila dah bangun dan baling terus 'strike' pulak tu. Nasib baik PM OB tak ada hari tu. Kalau tidak habis la kena kutuk...
BETOI KA CINCIN PUNYA PASAI?
Al kisahnya member kita tu tak boleh pakai cincin. Katanya kalau pakai cincin, darah akan naik dan tak mau turun-turun. Yang PM OB lain pula cerita. Tak cukup satu cincin, dibeli lagi satu. Tapi yang hebatnya, cincin dia mahal-mahal belaka. Hebat tu. Yang sedihnya, orang-orang kat pejabat tu (musuh-musuh dia la) tak caya cincin PM OB tu mahal. Depa kata PM OB beli cincin Gurkha tepi jalan. Tapi yang saya reAl kisahnya spect PM OB ni, apa orang nak kata kat dia katalah, dia tak ambil peduli pun. Tak pa PM OB, cincin tu memang mahai pun... depa mana tau..
Khamis, 11 Jun 2009
Training Bowling Dalam Hutan Getah Dan Sawah Padi
Alkisahnya, ada member kita tu dah balik bercuti ke utara tanah air. Nak buat 'O' Group dengan member-member lama. Member-member kampung masa sekolah dulu. Yang syok tu dia balik sorang sahaja. Tup, tup ada dengar cerita baru, member kita tu balik practise baling bola bowling (guna buah kelapa/buah limau bali) dalam sawah padi dan hutan getah. Balik nanti dah tentu champion punya tu. Takut rahsia permainan bowling diketahui oleh orang lain, member kita ni sanggup balik sorang-sorang dan tak bawa famili balik pun. Sanggup balik naik bas tu.. Ada dengar kata, member kita dah balik dan ada di KL dan dia kata nak datang pejabat untuk injection vaksin 'influenza' dan 'Hepatitis B'. Walau bagaimana pun, petang tadi ada berita terbaharu lagi... ada orang bagitahu yang member kita ini masih berada di kampungnya tengah berkebun... Tanam apa ya?
PM OB kata, dia rasa sunyi sangat apabila member kita tu bercuti. Mcm mana tak sunyi, tak ada lagi bunyi eksos motosikal yang macam meriam tu...pooom, pooooommm, poooommmmm...
Langgan:
Catatan (Atom)