Alkisahnya pada hari jumaat 15.5.2009 satu team handalan bowling telah menggegarkan gelanggang bowling di kawasan Lembah Klang. Nak tau di mana? Itu rahsia la. Yang sudah pasti team Peking Duck turun beraksi. Hebat-hebat belaka. Ada yang campur teknik balingan bowling dengan petanque yang dipanggil balingan 'Petanling', ada yang lebih hebat lagi, lepas baling boleh menonggeng macam tengok hantu. Yang mencemaskan Tuan Azmi kita hanya dua kejadian aneh iaitu PM OB dah baling kasut bowling melayang atas kepada sahabat misai kita. Lagi satu PM OB nak humban bola bowling kat sahabat misai kita tu. Cemas juga hari tu. Tapi permainan berjalan lancar hingga selesai cuma ada juga pemain yang matanya tak jejak 100. Asyik dapat 86 sahaja. Sahabat misai kita kata, takpa, kita training lebih kuat lagi. Lagi satu kejadian aneh telah berlaku. Nak tau apa dia? Ada orang sesat dalam kampung sendiri....kah, kah, kah... haa tu dia... lagi haru biru jadinya. Kalau tak tau buat cara tak tau, jangan nak tunjuk pandai...
Ahad, 17 Mei 2009
Rabu, 6 Mei 2009
MACAM MANA NAK TAHU YANG MANA SATU HANTU
Dalam satu barisan ada sepuluh orang perempuan. Semuanya cantik-cantik belaka, berambut panjang dan wangi-wangi pulak tu. Tetapi diantara 10 tu ada satu hantu. Hantu educated, pi sekolah tau. Orang tua-tua dah pesan, kalau nak tahu mana hantu, kena lihat secara menonggeng. Kalau kaki dia tak sampai tanah, hantu la tu. Ni, dah tonggeng pun, semua kaki perempuan tu jejak ke tanah. Macam nama nak buat ye? Kalau ada jawapan tu, tolong la bagitahu........
SUARA, SUARA, SUARA DIMANA KAU SUARA...
Suara sapa agaknya yang ditanya tu? Cuba teka? Kenapa dengan suara tu? Merdu ka? Nyaring ka? Kasar ka? Nak tau suara siapa yang dipersoalkan tu, tanya lah Presiden Pemiutang Malaysia...kata Zul Gafoor. Tapi sapa pulak Presiden Pemiutang tu? Yang tu kena tanya Awi Dichu dan Nizam Pengurus Bank kita...
NASIB MALANG
Satu cerita baru hari ini. Mesti semua dah dapat agak dah. Tak ada cerita yang sensasi di pejabat ini kalau bukan cerita PM OB kita. "Nampak saja gagah". Khabar angin telah tersebar luas di seluruh Malaysia mengatakan PM OB kita nak jadi body-guard menteri. Hebat tu. Tapi yang malangnya, belum jadi body guard dah kena Gout. Macam mana nak jaga menteri? Silap-silap Dato' Menteri pula yang jaga dia. Nak jadi Peking Duck pun tak boleh. Bukan apa... Peking Duck kalau nak tahu original ke tidak kena cucuk kat buntut, tapi PM OB kita bakal dicucuk di kaki...... Gout. Kalau tak cucuk di kaki, alamatnya tak berjalan lah dia besok. Silap-silap betisnya pun akan jadi besar tempayan nenek kebayan. Jangan marah ya PM OB.....PTT Lengan Merah lagi tu...... Pegawai Awam pun disuruh berkawad ambik surat kepujian/penghargaan. Mana la depa tau kawad-kawad tu... he, he...
Langgan:
Catatan (Atom)