Sabtu, 25 April 2009

PANTUN PUNYA HAL

Ada cerita baru lagi nak bagitau. Nak kata pelik tak pelik gak tapi boleh la dikatakan sikit pelik la... Kisah apa lagi kalau bukan cerita PM OB kita la tu. Nak tau apa dia? Haa.. masa dia muda-muda, maco-maco dan hensem2 dulu tak ingat yang dia akan kena pi minang anak dara orang. Tup, tup dah nak kena pi minang.... Susah hati gak dia. Kat Damansara pulak tu, entah-entah keluarga elit-elit lak tu. Kalau kat Sungai Kayu Ara tu tak pa la. Saya tengok dia ke hulu ke hilir dok pusing-pusing. Minta tolong Tuan Azmi kita buat pantun, kot-kot kena balas pantun. Nak jumpa En. Chuari Selamat dah tak sempat dah. Tuan Azmi pun simpati dgn PM OB kita tu. Maka karanglah Tuan Azmi beberapa pantun, antaranya adalah:-
Kalau pakar di padang hoki
Jangan nak samakan main guli
Kalau sukar nak pinang puteri
Ajaklah Hj. Tahir pergi sekali
Pak Mail tak sabar di padang petang
Pembawa pelekat berdiri lengoh kaki
Bukan kami datang sebarang datang
Datang nak pinang si tuan Puteri
PM OB terdiam dengar pantun-pantun tu. Dia termenung sejenak.... Pastu dia kata, kalau susah-susah, bawa kayu hoki lah kalau macam ni. Kalau depa asyik dok pantun-pantun, aku libas dengan kayu hoki baru depa tau......kah, kah, kah..... Jangan marah ya PM OB lengan merah. PTT lagi tu.....

Selasa, 21 April 2009

Tak Sabar-Sabar

Kejohanan Tenpin Bowling dan Petanque Piala KPN 2009 telah dilangsungkan pada 20 - 22/4/2009 di Gelanggang Petanque Ibu Pejabat Briged Tengah PGA. Hebat sekali. Rehearsal dibuat supaya tak ada kesilapan masa perasmian. Tup, Tup.. ada satu kejadian aneh telah berlaku. Nak tau apa dia? Tanyalah pada Tuan Azmi... apa Pak Mail Orang Besi telah buat. Dan kenapa Pak Mail dok lari-lari taknak jumpa Kem Komandan.

Rabu, 1 April 2009

LARI DARI WAD

Ada cerita baru.. Nak tau? Ini ceritanya..... pada 31.3.2009 jam lebihkurang 9.00 malam, Pak Mail Orang Besi telah pergi melawat saudara kita di Wad 203, Pusat Rawatan Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bila sampai di sana, Pak Mail dapati wad kosong sahaja tapi jambangan bunga masih ada di situ. Pak Mail tengok kat bilik air, tak dak juga sahabat kita tu. Pak Mail naik pening kepala. Nak garu kepala takut jadi bertambah botak lagi. Pak Mail Orang Besi pun telefon sahabat kita tu dan rupanya telefon dia ada dalam laci kad katil tu. Pak Mail Orang Besi jengok-jengok ikut tingkap kut-kut sahabat kita tu dok training petanque sorang-sorang secara sulit maklumlah pertandingan dah dekat dan strategi mesti dirahsiakan. Tak ada juga kelibat sahabat kita kat bawah tu. Pak Mail Orang Besi pun terus turun ke lobi dan tanya nurse bertugas dan dibagitahu sahabat kita tu keluar dengan satu keluarga yang datang melawatnya. Pak Mail OB pun tertanya-tanya, sapa pulak yang datang tu. Pusing-pusing akhirnya terjumpa sahabat kita sedang makan sup sayur dengan keluarga Sharif Lobo. Bukan main selera lagi dia makan... Nak pulihkan tenaga barangkali. Maklumlah nak masuk lawan petanque.